Satu jawatankuasa yang bersifat sukarela ditubuhkan disuatu tempat dengan pemantauan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sabtu, 11 Mei 2013
Jumaat, 10 Mei 2013
Khamis, 4 April 2013
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Juasseh
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Juasseh
No 5 ,Taman Desa Anggerik,
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No Tel/fax : 06-4983231
Pelatih PDK Juasseh Seramai :
Lelaki : 7 orang
Perempuan : 18 orang
PDK Juasseh beroperasi dari jam 8.00am hingga 4.00 pm
Pelatih belajar dari Jam 9.00am hingga 1.00pm (isnin hingga khamis)
Lawatan Rumah untuk pelatih terlantar (Jumaat)
Pelatih-pelatih ini adalah dari kawasan yang berdekatan :
- Kg Sungai Jelutung
- Kg Jerjak
- Kg Padang Lebar
- Kg Bukit Perah
- Kg Air Dedali
- Juasseh Pekan
- Juasseh Estet
- kg Bukit Kerdas
Mana-mana pihak yang ingin hulurkan sumbangan kepada PDK Juasseh bagi membolehkan kami menjalankan aktiviti dan menampung kos pembelanjaan untuk pelatih oku disini.
Sumbangan boleh disalurkan kepada :
Tabung Kebajikan PDK Juasseh
No Akaun : 05020000176102 (cimb)
Segala Sumbangan Yang Diberikan,
Terlebih Dahulu Kami,
Mengucapkan Ribuan Terima Kasih
Mengenai Kami
PDK (pusat pemulihan dalam komuniti) adalah satu tempat untuk pelatih-pelatih OKU (orang kelainan upaya) menjalani program pemulihan. PDK dikendali oleh satu jawatankuasa yang bersifat sukarela ditubuhkan disuatu tempat dengan pemantauan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Objektif PDK :
- Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa.
- Memberi kesedaran kepada komuniti setempat dimana terdapat golongan masyarakat yang tidak berkeupayaan memerlukan bantuan.
- Mewujudkan komuniti/masyarakat penyayang yang mengamalkan budaya ikram.
- Memanfaatkan warga kurang upaya bukan sahaja terlatih didalam pemulihan tetapi juga sebagai penggerak masyarakat yang berguna dan produktif.
- Kemahiran dan akademik asas kecemelangan insan istimewa
- Membina kehidupan yang lebih berdikari berasaskan akademik, kemahiran yang dipelajari dan boleh mengawal emosi serta tingkah laku di sisi masyarakat setempat.
- Melahirkan pelatih yang mampu berdikari.
- Mewujudkan dan merangsangkan keupayaan atau kemahiran yang ada dalam diri pelatih agar lebih menonjol dan cemerlang.
- Mempertingkatkan kualiti dari segi rohani,emosi dan produktiviti.
- Memberi peluang kepada pelatih untuk menjalani kehidupan yang bersosial serta boleh melakukan aktiviti harian serta masyarakat lain.
- Aktiviti Harian (ADL)
- Kemahiran Motor Kasar
- Kemahiran Motor Halus
- Perkembangan Sosial
- Aktiviti Pra Sekolah
- Aktiviti Vokasional
- Bengkel Produk Makanan - PDK Juasseh telah menjalankan bengkel produk makanan sejak 5 tahun lalu iaitu mengeluarkan produk makanan popia simpul yang kini telah mendapat sambutan daripada orang ramai.
- Bengkel Produk Pertanian - PDK Juasseh mula berjinak dalam pertanian hidroponik setelah menerima peruntukan daripada kementerian sains & teknologi Malaysia sebanyak RM 50 ribu yang disalurkan melalui ADUN JUASSEH. Pada mulanya projek ini, Pihak ADUN Juasseh telah menyerahkan kepada (WI) Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Juasseh untuk menjalankannya tetapi terdapat beberapa masalah yang tidak dapat diatasi dengan itu, pihak WI telah menyerahkannya kepada PDK Juasseh untuk menjalankan projek tanaman hidroponik ini. Lanjutan daripada itulah PDK Juasseh telah mengorak langkah meneruskan projek tanaman hidroponik ini dengan menyahut cabaran dari pihak ADUN Juasseh dan WI daerah Juasseh .
- Bengkel Produk Kraftangan - Pelatih dilatih untuk menghasilkan produk kraftangan juga. Terdapat 2 jenis kraftangan yang dihasilkan iaitu penggantung kunci dan cermin muka Produk kraftangan ini sentiasa menerima tempahan daripada orang perseorangan atau badan-badan tertentu bagi tujuan dibuat cenderahati.
Jika anda ada sebarang pertanyaan/ tempahan,
boleh la menghubungi kami
PDK JUASSEH
Tel : 06-4983231
Organisasi PDK Juasseh
PENASIHAT
Datin Rafidah Bte Mohd Attas
PENGERUSI
Pn Hjh Mariah Bte Abu @ Ahmad
SETIAUSAHA
Pn Zaiton Bte Amin
BENDAHARI
En Hamil Bin Jap
AHLI JAWATANKUASA
Pn Mastiara Bte Abu Nawar |
Pn Sariah Bte Haji Malek |
Pn Hjh Aminah @ Zainab Bte Haji Wahab |
Pn Azizah Bte Husin |
Pn Radziah Bte Abd Ghani |
Pn Zaini Bte Ilias |
En Mudiande A/L Subramaniam |
Tenaga Pengajar
Langgan:
Catatan (Atom)