Khamis, 4 April 2013

Mengenai Kami


PDK (pusat pemulihan dalam komuniti) adalah satu tempat untuk pelatih-pelatih OKU (orang kelainan upaya) menjalani program pemulihan. PDK dikendali oleh satu jawatankuasa yang bersifat sukarela ditubuhkan disuatu tempat dengan pemantauan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Objektif  PDK :
  • Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa.
  • Memberi kesedaran kepada komuniti setempat dimana terdapat golongan masyarakat yang tidak berkeupayaan memerlukan bantuan.
  • Mewujudkan komuniti/masyarakat penyayang yang mengamalkan budaya ikram.
  • Memanfaatkan warga kurang upaya bukan sahaja terlatih didalam pemulihan tetapi juga sebagai penggerak masyarakat yang berguna dan produktif.
Motto
  • Kemahiran dan akademik asas kecemelangan insan istimewa
Visi
  • Membina kehidupan yang lebih berdikari berasaskan akademik, kemahiran yang dipelajari dan boleh mengawal emosi serta tingkah laku di sisi masyarakat setempat.
Misi
  1. Melahirkan pelatih yang mampu berdikari.
  2. Mewujudkan dan merangsangkan keupayaan atau kemahiran yang ada dalam diri pelatih agar lebih menonjol dan cemerlang.
  3. Mempertingkatkan kualiti dari segi rohani,emosi dan produktiviti.
  4. Memberi peluang kepada pelatih untuk menjalani kehidupan yang bersosial serta boleh melakukan aktiviti harian serta masyarakat lain.
Program -Program PDK :
  •  Aktiviti Harian (ADL) 
Menguruskan diri sendiri, makan & minum , menyikat rambut dan menggunakan tandas.

  • Kemahiran Motor Kasar
Melibatkan pergerakan otot-otot iaitu anggota badan seperti berjalan, berlari , bergerak dan sebagainya.

  • Kemahiran Motor Halus
 Melibatkan pemikiran,penglihatan serta pergerakan jari-jari seperti menggunting kertas.


  • Perkembangan  Sosial
Belajar berinteraksi  dengan orang lain seperti memberitahu nama , tempat tinggal dan lain-lain.

  • Aktiviti Pra Sekolah 
Kemahiran mengira , membaca bacaan mudah , mengenal huruf, abjad dan perkataan.

  • Aktiviti Vokasional 
Pelatih dilatih dengan aktiviti vokasional ini membolehkan pelatih dewasa berdikari menjana pendapatan sendiri.Aktiviti vokasional adalah seperti:
  • Bengkel Produk Makanan  -  PDK Juasseh telah menjalankan bengkel produk makanan sejak 5 tahun lalu iaitu mengeluarkan produk makanan popia simpul yang kini telah mendapat sambutan daripada orang ramai.



  • Bengkel Produk Pertanian - PDK Juasseh mula berjinak dalam pertanian hidroponik setelah menerima peruntukan daripada kementerian sains & teknologi Malaysia sebanyak RM 50 ribu yang disalurkan melalui ADUN JUASSEH. Pada mulanya projek ini, Pihak ADUN Juasseh telah menyerahkan kepada (WI) Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Juasseh untuk menjalankannya tetapi terdapat beberapa masalah yang tidak dapat diatasi dengan itu, pihak WI telah  menyerahkannya kepada PDK Juasseh untuk menjalankan projek tanaman hidroponik ini. Lanjutan daripada itulah PDK Juasseh telah mengorak langkah meneruskan projek tanaman  hidroponik ini dengan menyahut cabaran dari pihak ADUN Juasseh dan WI daerah Juasseh .


  •  Bengkel Produk Kraftangan - Pelatih dilatih untuk menghasilkan produk kraftangan juga. Terdapat 2 jenis kraftangan yang dihasilkan iaitu penggantung kunci dan cermin muka Produk kraftangan ini sentiasa menerima tempahan daripada orang perseorangan atau badan-badan tertentu bagi tujuan dibuat cenderahati.
        


Jika anda ada sebarang pertanyaan/ tempahan,
 boleh la menghubungi kami
PDK JUASSEH
Tel : 06-4983231


Tiada ulasan:

Catat Ulasan